Melabur di Shanghai
Cuaca: Cerah
Suhu: 30 c
Petang ini, ku jumpa dengan seorang anak guam dari Malaysia yang ingin melabur di Shanghai. Saya dah kenal dia sejak bulan Mac lalu. Syarikatnya besar dan kuat di Malaysia, kalau saya sebut nama syarikat itu, pasti kamu pernah dengar.
Dia berhasrat nak melabur di Cina dengan berpakatan dengan seorang rakan kongsi Cina. Jumlah wang yang dia nak labur di sini bukanlah banyak sangat, tapi juga tidak kecil. RM3 juta sahaja. RM 3 juta tak kira banyak dalam konteks pelaburan di Shanghai. RM 3 juta boleh dikatakan “sap sap sui” atau “chicken feet”. Nak sewa kedai pun sudah kena habiskan berpuluh-puluh ribu ringgit, apatah lagi yuran guaman, kos ubah suai, kos kerajaan dan lain-lain. RM 3 juta nampak banyak saja, tapi kalau kamu betul-betul kira, kamu akan terperanjat bahawa RM 3 juta memang tidak boleh buat apa-apa yang hebat.
Anak guam saya ini bukan tak ada duit nak melabur banyak. Tetapi, memandangkan ini adalah kali pertama dia melabur di Cina dan dia kurang faham dengan suasana pelaburan di Cina, dia terpaksa berhati-hati. Pelaburan kali pertama adalah percubaan. Kalau berjaya, pelaburan seterusnya boleh dibesarkan. Belum cuba belum tahu. So, dia pun try lar. Dengar cakap orang lain, Cina ini mempunyai banyak peluang dan pasaran yang amat besar. Banyak orang telah berjaya menggali berjuta-juta tan emas balik. Dia pun tak tahan nak cuba nasib lar.
Dia nak berpakat dengan seorang rakan kongsi Cina. Rakan kongsinya ada kilang di Guandong. So, rakan kongsinya boleh membekalkan barang-barang kepada dia di Shanghai dengan harga yang murah sekali. Dia hanya perlu keluar modal untuk membuka kedai di Shanghai. Kedua-dua pihak mencapai satu “gentleman agreement”.
Kamu tahulah macam mana orang Cina buat bisness. Dengan janji mulut saja tanpa sebarang kontrak, anakguam saya pergi sewa kedai, bayar deposit, upah orang datang ubah suai kedai itu, dan membeli perabot. Bukan sahaja itu, anakguam saya ini mengajak rakan kongsinya datang ke Malaysia untuk melawat syarikatnya, tengok kilangnya, serta bawa dia pergi menikmati “entertainment” tertentu. Kamu tahulah apa yang saya maksudkan. Banyak bisness sebenarnya dibuat di atas meja pub, bukan di meja pejabat!
Pendek cerita, anak guam saya dah keluar banyak duit untuk pelaburan ini. Tapi, dia belum dapat tengok apa-apa janjian yang konkrit. Kontrak pun belum ditandatangani! Anak guam saya rasa tak beberapa betul. Dia tak selesa dengan keadaan macam itu. Mana boleh ada pelaburan berjuta-juta ringgit tanpa sebarang kertas yang sah? So, dia pun cari peguam untuk membantunya. Sayalah peguam itu.
Saya nasihatkan dia untuk membuatkan satu JV contract. Dia setuju dengan cadangan saya. Tapi pihak rakan kongsinya tidak ingin nak upah peguam untuk membuat kontrak. Mengikut rakan kongsinya, yuran guaman amat mahal, kenapa nak bazir wang? Dia cuba nak pujuk anak guam saya supaya jangan guna servis saya. Mereka boleh sendiri sediakan kontrak itu dengan menggunakan contoh-contoh kontrak yang sedia ada. Tapi, anak guam saya tetap ingin mengupah peguam. Tiada pilihan, pihak rakan kongsinya terpaksa mengikut cadangan anak guam saya lar.
Tapi, rakan kongsinya tidak beberapa berkerja-sama. Deraf kontrak hantar kepada dia untuk komen, dia diam sahaja. Saya kena kejar dia tiap-tiap hari, baru dia kata dia nak ambil beberapa hari lagi untuk menyelidik kontrak itu. Bila dia dah tak ada alasan untuk melengah lagi, dia terpaksa memberikan komen-komen yang tidak bermakna. Tak apalah, saya pun ikut komen dia dan menyediakan “final version” kontrak untuk ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
Pada hari tandatangan kontrak, kedua-dua pihak datang ke pejabat saya. Saya sediakan 6 set kontrak untuk mereka. Tiba-tiba, pihak Cina ini kata dia nak tanya saya berkenaan dengan satu klausa. Klausa itu tentang kuasa-kuasa dan obligasi-obligasi pengarah. Pihak Cina itu kata kuasa yang diberikan kepada anak guam saya terlalu besar. Ooi! Kenapa sekarang baru cakap?! Memang orang ini tak ikhlas nak sain dokumen ini. Saya cuba sedaya upaya untuk menerangkan maksud sebenar klausa itu. Tapi, Si Cina ini memang sengaja nak buat kacau.
Akhirnya, kontrak itu tidak ditandatangani. Si Cina kata dia nak 2 hari untuk meneliti kontrak itu sekali lagi. Saya pun tunggu lar. Anak guam saya sangat marah tapi tak ada apa-apa dia boleh buat.
2 hari kemudian, saya panggil dia, tak jawab. 1 minggu kemudian, pun tak jawab.
2 minggu kemudian, anak guam saya panggil saya dari Malaysia dan beritahu saya bahawa dia diberitahu oleh kerani Si Cina itu bahawa Si Cina nak batalkan kerjasama di antara mereka tanpa sebarang sebab. Anak guam saya sangat sedih dan marah, tapi dia gentleman. Dia janji yuran guaman saya dia tetap akan bayar.
Hari ini, anak guam saya datang ke pejabat saya untuk membuat bayaran. Dia beritahu saya bahawa dia dah kena tipu teruk. Si Cina itu kini menggunakan kedai yang disewa oleh anak guam saya untuk membuat bisnes. Anak guam saya sudah membayar sewa selama 1 tahun! Tapi malangnya, perjanjian sewa adalah atas nama Si Cina itu. So, Si Cina boleh guna kedai itu dengan sah. Bukan sahaja itu, 2 pekerja yang dilatih oleh anak guam saya untuk membantunya di Cina juga telah melompat ke pihak Si Cina dan kini berkhidmat untuk Si Cina itu. Takut tak?
Anak guam saya cedera parah dalam pelaburan pertama di Cina. Orang Cina kata: tengok hantu, takut gelap. Tapi, anak guam saya tidak putus asa. Dia nak cuba lagi.
Lepas dia bayar yuran guaman, dia beritahu saya bahawa dia akan datang ke Shanghai sekali lagi untuk mencari peluang kedua. Masa itu, kami akan dapat berkerjasama lagi.
Kepada semua orang yang nak menggali emas di Cina: Semoga Berjaya!
Labels: Daily Experience, 随心挥笔
2 Comments:
Hi Harnniann,
You would be surprised when I tell you that in Australia, many businesses are still can be done under "Hand Shake" Agreement. I have one client who agreed to purchase the software license, without the Purchase Order he asked us to send the software & invoice over and payment will be paid in 2 weeks' time.
When we insisted for a PO by giving a reason our company is an annual audited organisation, they asked the Finance Manager to arrange such documentation, however they came back to me and said that "we never done that before".
Last but not least, this client is very famous tertiary organisation in Sydney, also one of the top universities in Australia. Surprised??
Harley
Harley, thanks for sharing your experience :)
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home