Tuesday, July 15, 2008

Polis dan roadblock

Cuaca: Cerah
Suhu: 30 c


Memang ku dah tak ada mata nak tengok apa dah terjadi di Malaysia. Kalau mataku boleh tahan, saya rasa tekanan darahku pun tak dapat tahan. Apa dah terjadi ni? Kononnya ada demonstrasi raksaksa di kawasan parlimen. Ada ke? Kononnya Anwar akan tiba di parlimen bersama dengan penyokongnya untuk membuat kacau dan mengancam keselamatan orang ramai. Ada ke? Itu semua dengar cakap.

Tapi Malaysia memang boleh. Dengan bukti yang berasaskan kepada dengar cakap semata-mata, perintah mahkamah boleh diisukan terhadap Anwar dan orang lain untuk melarang sesiapa yang tiada urusan di parlimen daripada menghampiri kawasan parlimen. Bukankah parlimen suatu tempat suci dimana suara rakyat dibawa masuk untuk pembahasan? Bukankah parlimen suatu tempat dipenuhi dengan “yang-berkhidmat” yang dipilih oleh rakyat? Bukankah parlimen satu simbol demokrasi? Kenapa tiba-tiba parlimen dijadikan bagai satu kawasan perang (war zone)? Siapa musuh kita? Siapa nak ancam kita?

Apa yang paling “potong steam” ialah tiada apa yang berlaku pada hari Isnin. Anwar tidak pergi melawat parlimen, usul Pakatan Rakyat ditolak, dan Anwar juga tidak pergi ke balai polis untuk memberikan keterangan. Habis cerita. Jadi, apa yang sebenarnya berlaku di KL pada Isnin? Traffic Jam saja.

Siapa yang menyebabkan traffic jam ini? Bergantunglah siapa kamu tanya. Kalau menanya polis, Anwar dan konco-konconya yang menyebabkan jam teruk ni. Tapi, saya rasa kita semua tahu siapa yang sebenarnya perlu bertanggung-jawab keatas semua kesulitan ini. Jawapannya amat jelas. Sekali-sekala rakyat memang bodoh, tapi tak sebodoh begitu.


Saya memang hairan kenapa perkara sebegini boleh berlaku. Seakan-akan tiada kerja lain untuk polis selain daripada mengganggu keselesaan rakyat. Rakyat dah banyak menderita, tak cukup lagi ke? Sudah banyak merisau macam mana nak bayar petrol, macam mana nak bayar tol, macam mana nak bayar makanan, tak cukup risau lagi ke? Kenapa masih nak memangsakan rakyat?


Saya ingat kerja polis adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan rakyat. Bukan? Tiada pencuri di Malaysia ke? Atau tiada perogol di Malaysia ke? Saya ingat kes jenayah di Malaysia masih meningkat? Siapa yang pecah masuk rumah saya? Kenapa tak turun padang untuk menyelesaikan kes-kes jenayah ini? Kenapa nak bazirkan masa dan wang rakyat dalam hal yang tidak produktif ini? Ini kerja polis ke? Saya tak marah. Saya dah malas nak marah. Lebih daripada marah, saya rasa sedih. Kenapa boleh jadi begini? Malaysia masih ada undang-undang, dan sifat dan kegunaan undang-undang adalah untuk membela nasib rakyat. Di manakah undang-undang Malaysia pergi? Insiden sebegini memberi satu gambaran seolah-olah pihak polis sudah terhilang kawalan. Mereka boleh buat apa-apa pun dengan sesuka hati tanpa perlu bimbangkan akibatnya.

Saya kesian orang-orang yang tertangkap di dalam traffic jam ini. Berjam-jam mereka terpaksa tunggu di dalam kereta. Tentu bukan satu pengalaman yang sedap. Perjalanan yang biasanya mengambil 20 minit, kini kena ambil 2 jam. Terima kasih kepada roadblock-roadblock yang tidak bermakna ini. Saya tidak percaya mata saya apabila saya baca berita mengatakan polis berkata roadblock ini adalah "successful". Successful apa?

Apa yang menyakitkan hati saya ialah bila saya baca berita tentang seorang bakal-peguam gagal menduduki pemeriksaan CLP (sijil amalan guaman) kerana dia lewat sampai di dewan pemeriksaan. Kenapa dia lewat sampai? Sekali lagi, terima kasih kepada pihak polis dan roadblock-roadblocknya. Budak ini terperangkap di dalam traffic jam. Kita semua tahu betapa susahnya nak lulus CLP. Kalau kamu gagal lebih daripada satu kertas, kamu terpaksa mengambil semua kertas sekali lagi. Siapa yang sepatutnya membayar ganti rugi kepada bakal-peguam ini? Tiada. Pihak polis hanya akan kata: Too Bad… Haraplah Majlis Peguam boleh membuat sesuatu untuk membantu bakal-bakal peguam ini. Tindakan tegas mesti diambil terhadap Polis Raja Di Malaysia (maaf, Polis Di-Raja Malaysia) untuk mengajar mereka bahawa mereka tidak berhak melukai rakyat dengan sewenang-wenangnya dan dengan cuai sekali.

Sedih sungguh ku nak berpantun pulak:


Penolong kata ia kena liwat
Belakang sakit terpaksa duduk tepi
Walaupun bertolak awal nak elak lewat
Malangnya masih ku gagal CLP


.

Labels: ,

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

lu punya melayu masih amat kaolat, gua impressed kao kao.

itu polis macam ini pun boleh ah,
kana ah beng with uniform oi.. gua long time ago sudah tada mata nak tengok malaysia punya politik, tapi damn tulan oso sometimes..

17 July 2008 at 02:53  
Anonymous Anonymous said...

哥,五體投地
你的馬來文
你的熱忱

17 July 2008 at 19:55  
Anonymous Anonymous said...

Thanks Bro and Sis,

You forget the courts in Malaysia use Bahasa Malay?

Hope to see you more in this blog. :)

17 July 2008 at 21:32  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Web Site Counter
Free Counter